Thursday, November 27, 2008

UMNO dan Rasuah 'guru kencing berdiri, murid kencing berlari'

Menarik apabila membicarakan sindiran tajam bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung barah rasuah yang membelenggu pencalonan bagi pemilihan jawatan Umno mutakhir ini.
Analogi yang disandarkan Mahathir cukup tajam apabila beliau mengungkap permasalahan rasuah dalam Umno ini ibarat "Guru Kencing berdiri, murid kencing berlari'.
Beliau membiaskan sindiran kepada perihal perlakuan rasuah secara lansung atau tidak yang kononnya permah diamalkan Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak lama dahulu.
Mahathir mengambil kes sogokan wang yang permah diadukannya sendiri dimana wang sebanyak RM 200 diberi kepada wakil-wakil ke mesyuarat Bahagian Kubang Pasu supaya tidak mengundi beliau untuk menjadi wakil ke Mesyuarat Agung Umno 2006.
Senario rasuah dalam pemiliham Umno kali ini diakui sendiri oleh beberapa pemimpin Umno termasuk MT Umno, Dato'Seri Adnan Yaakob yang melaporkan keparahan sindrom itu melewati usia matang Umno.
Namun persoalan asas perlakuan rasuah di kalangan pemimpin Umno ini pastinya mengundang ruang perbincangan samada ianya adalah warisan apabila pemimpin dilihat mengamalkan rasuah maka pengikut akan amalkannya lebih-lebih lagi.
Untuk mendapat sokongan pemimpin tertentu diperingkat bahagian kontrak bermillion diberi kepada mereka, walaupun mereka tidak punyai kebolehan untuk melaksanakan kontrak tersebut.
Umum mengetahui, mengapa pemimpin Umno termasuk di peringkat Cawangan dan Bahagian sangat teruja dan sanggup bergaduh untuk mendapatkan jawatan di peringkat tersebut.
Malah permainan wang kecil-kecilan telah mula berlaku di peringkat Bahagian tatkala Bahagian juga melihat permainan wang yang lebih besar berlaku di peringkat atasan.
Semasa pencalonan bagi jawatan-jawatan tertentu, ramai yang ingin dicalonkan mengguna wang untuk mendapat pencalonan melalui pelobi.
Setelah diketahui bahawa ada calon yang sanggup menghulur wang sogokan supaya mereka dicalonkan maka ahli-ahli dan perwakilan ke mesyuarat bahagian sudah mula meminta wang sogokan jika sokongan mereka dihendaki.
Bak kata Mahathir sendiri, amatlah jelas bahawa rasuah sudah menjadi budaya ahli-ahli Umno disemua peringkat dan apabila budaya ini dianggap sebagai sesuatu perkara biasa maka pemimpin yang akan dipilih lebih mungkin terdiri daripada mereka yang tidak bermoral.
Baginya, perasuah yang hanya ingin jadi pemimpin untuk kepentingan diri dan jika senario ini berterusan maka negara akan perolehi pemimpin dan Kerajaan yang tidak bermoral, yang akan salahguna kuasa untuk kepentingan diri.
Benar kata Mahathir bahawa rasuah dikalangan ahli dan pemimpin Umno akan menjadikan parti itu tidak akan dipercayai oleh rakyat, dipandang hina dan akhirnya ditolak.
Maka perumpamaan yang digunakan tadi 'Guru Kencing Berdiri, Murid Kencing berlari' amat sesuai disamakan dalam situasi Umno di bawah pimpinan Abdullah dan Najib kini.

7 comments:

Al-Harun said...

"Satu Suara, Satu Arah, Satu Akidah tapi mencarut dan memaki sekadar pekerjaan sampinganku." ini kata2 awk dlm profile..nasihat sy.. x usah mengaku islam.. cz rasullullah s.w.t pun x memaki org walau diperlakukan mcm2.. hairan aku lihat org mcm kau masih ujud dlm dunia nie.. pikir2kan lah..

taipingmali said...

cantikkkkk.......wahai parpu kunyit....

Anonymous said...

KEHKEHKEH BYK MANA PUN MUKE SEDARE OPRET TETAP SAME JEK. SYG MUKE DAH LAWA2, HENGSHEM2 TP PE'EL NGALAHKAN JIN AFRIT KEHKEHKEH ISH2..YEHAAAAAAAA...ANGERE2 ARIBA2

JGN MARA HAAAA

PARPUKARI said...

KORANG TENGOK LA PENCACAI AL JUBURI NI, PUNYA NAK GLAMER PUNYA PASAL SANGGUP COPY ID AKU...MEMANG ANAK HARAM LA PENGIKUT AL JUBURI NI, MAKA AKU AKAN TUKAR GAMBAR BERTULISAN, AKU ANTI AL JUBURIWAL LIWATI...NIK AJIS NYANYUK WAL JEGOLI....MUAHAHAHAHAHAHAHAH

PalestinIsOneFromJewBcoz2PartyKnowWhatIsIslamPower said...

aku sgt setuju... drmahathir ada kredibliti. DIa dipercayai oleh kawan dan lawan.

satu AYAT aku xkan lupa:
dia percaya ANUAR menyimpan hasrat
untuk masuk UMNO kembali...

GAME DIA Mudah.. JIKA TAK TRIMA AKU

PalestinIsOneFromJewBcoz2PartyKnowWhatIsIslamPower said...

AKU AKAN HANCURKAN UMNO DAN BN

Walau anak cucu sendiri (*++)merana..dibwh DAP...MARA..akan berkubur juga...

++ termasuk semua ANAK CUCU penyokong setiaKU

DR 1221 said...

kah 3X, muncul sorang lagi raja lawak