Wahai pembaca budiman sekalian, ingat tak apa kata Pak Lah hari tu? Dia kata, dia tak akan masuk campur dalam urusan kerajaan Dato Seri najib kan, dia siap buat sindiran lagi pada Tun Dr M! Dia berjanji dia akan tutup mulut dan tak akan
Sekarang apa sudah jadi? Dia secara terbuka memberitahu supaya ISA sepatutnya dimansuhkan! Memang Al Flip wal Floppy la Tun Dol ni! Ke ada orang bisik ke telinga dia suruh bukak mulut ni? HE HE HE
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberitahu dalam sidang akhbarnya semalam di Putrajaya supaya biarkan pihak polis menyiasat kes mendiang Teoh!
“Kami tidak boleh membuat andaian kerana kami masih belum mengenal pasti sebab di sebalik kejadian ini. Tolong jangan menuding jari kepada sesiapa. Kami tidak boleh menuduh sesiapa atau membuat dakwaan tidak berasas kerana ia akan menimbulkan masalah tidak sepatutnya kelak. Mari kita tunggu polis menyiasat kejadian ini.Kalau dah TPM pun cakap macam tu, maka biarlah pihak polis buat siasatan dulu, kepada yang nak mintak supaya Suruhanjaya Bebas ditubuhkan tu, elok diam je la, nampak sangat ada "udang di sebalik mee". Saya percaya tidak ada apa untuk ditutupkan! Ingat rakyat sekarang bodoh ke?
“Apa pun, kami bukan mahu menyembunyikan sesuatu. Kami mahu perkara ini disiasat secara telus. Polis sedang menyiasat dan kita patut tunggu sehingga mereka menyiapkan siasatan mereka,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai pekerja asing di sini, semalam. Baca selanjutnya....
Jadi saya menyeru kepada semua supaya bersabar dan nantikan keputusan penyiasatan pihak polis ok! Jangan lah ada yang melompat dan cuba nak jadi HERO!
Kepada sesiapa yang ada agenda peribadi, lebih baik diam je la, lagi cakap lagi orang nampak yang awak tu tak betul! Berani kerana benar!